Sunday 22 April 2012

Bestfriend Till Jannah...

Posted by SyaQierah....15 at 17:52 1 comments
Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.
1 new message.
Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.
Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.
Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.
Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.
Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.
Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.
Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.
Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.

Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.
Aku pasti.
Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.
Aku pasti.
Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.
Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.
Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.
Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.
Andai sahaja dapat aku kongsi.
Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.
Kamu janji, tunggu aku ya?

Wednesday 21 March 2012

Vide0 Pulau Warisan

Posted by SyaQierah....15 at 00:39 0 comments
Ini pengakhiran kerja kami...iaitu mevideokan semua kerja-kerja yang telah kami siapkan....harap maaf kerana lambat dari tarikh yang di tetapkan atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan..

                                                                   -sekian-

Gambar-gambar bench saya yang ditukar material dalam 3das Max...
















 Ergonomics.......nampak kaki model berjuntai kan.?hmmm...sebenarnya bench ini adalah permanent..ukuran tinggi bench ni 500mm...50mm ditanam dalam pasir..then ukuran sepattnya adalah 450mm...Dalam gambar dibawah belum ditanam...sbb itu la kaki berjuntai...^_^















Tuesday 21 February 2012

FINAL PROJECT:PULAU WARISAN,TERENGGANU.

Posted by SyaQierah....15 at 00:12 0 comments



Untuk final projek ini,kami perlu buat environment di Pulau Warisan,Kuala Terengganu.kami perlu lakukan dalam bentuk kumpulan,so untuk itu saya perkenalkan ahli kumpulan saya iaitu :

1-Nurul Syakirah bt Alias
              2-Tajul Nadia Adzurin bt Tajuddin
     3- Nurain Shahira bt Suhaim
                  4- Nor Hafizah Nabila  Abdul Rashid
  5- Mohd Azizuddin bin Ali
     6- Mohd Muizuddin bin Ami

Untuk tugasan pembinaan pula,kani telah bahagikan tugas masing-masing......
iaitu seperti yang tertentera dalam gambar dibawah.....


Kami mempunyai 2 pilihan atau 2 scene...s0 untuk video tersebut kami pilih scene a...










Peta Pulau Warisan...........





Disini la bermulanya 3ds Max kami.......


Pembinaan terusan sedang dijalankan......mengunakan 3ds Max..sya ditugaskan untuk membuat terusan ini + air sungai +  konkrit + jambatan......
Cara-cara untuk membuat terusan ini adalah...untuk penghadang tersebut juz guna wall sahaja....then, untuk air sungai itu, kita gunakan plane,untuk effect yang lebih menarik,adjustkan sedikit vertex tersebut,so apabila dimasukkan material air tersebut air itu akan nampak seakan beralun..............




                                   


Ini lah hasilnya....
                                     
                               Ambil texture/ effect dari gambar-gambar kat bawah nih......
Air sungai/ water

Concrete/ benteng terusan

Texture pavement

 Seterusnya,saya juga ditugaskan untuk membuat pintu gerbang Pulau Warisan..... 
Untuk membuat pintu gerbang ini senang sahaja...iaitu:-
Batang atau tiang2 yang petak tu saya juz guna BOX,yang bulat tu saya guna SPHERE, dan yang 
berbentuk kerawang atau ukiran tu saya guna LINE,then EXTRUDE kn sahaja....
kemudian selepas siap semua bahagian yang kita kehendaki,camtumkan sahaja
kesemuanya,,,dan boleh untuk render mengikut citarasa tersendiri,,,iaitu juz tkan HURUF M ,ia akan keluar pada tempat material.....click BULAT - CLICK DEFFUSE kalau kita nak masukkan material kita sendiri yang tersimpam lam LAPTOP kita ATAU tekan BITMAP - MATERIAL - NEW - PROGRAM FILE- AUTODESK - 3DS MAX - MATERIAL LIBRARY untuk mengunakan material yang sedia ada....then GROUP kn agar pintu gerbang tersebut tidak lari...


 


Inilah hasilnya dalam 3DS MAX...................
PINTU GERBANG PULAU WARISAN......




Seterusnya...Ini adalah bench saya yang dipilih untuk final projek INDUSTRIAL DESIGN III..
Bench ni telah dibuat dalam SOLID WORK..so kita tukarkan ke dalam 3DS MAX...cara- cara untuk tukarkan solid work to 3ds maxs adalah save as setiap part kepada IGS.. then DRAG kn kedalam 3DS MAX......


Ini adalah TARET LOCATION untuk bench saya di Pulau Warisan,Terengganu....
Saya mengunakan render environment...iatu dengan click number 8...click dekat environment,then
masukkan environment yang kita nak,,then tekan add...Render guna simbol Teko kat atas tu untuk melihat hasilnya...kemudian adjust mana yang patut untuk mendapat position yang menarik....^_^




















Monday 6 February 2012

MEJA MAKAN

Posted by SyaQierah....15 at 23:11 0 comments
Ini CUP CAKE. untuk buat cup cake kita gunakan object star and modified biar point dye banyak2....baru cantik shape dye...then extrude.g kt modify list,select taper and adjust amount dye.....untuk kek yang bulat 2 juz guna sphere,adjust kat alignment and scale.Untuk yang pink kat atas tu...guna helix,helix ni kene buat kat top view,,pilih la sphre ke star ke,ikot suka la untuk di loft kan................

Ini DURIAN. Durian ni mula-mula sekali guna sphere and buat cone....... click cone and then select compound object,pilih scatter n pick distribution object...select sphere n duplicate,distribute and adjust area....
Meja makan mengunakan 3ds max.................

Untuk meja yang bulat 2,boleh mengunakan lathe.untuk alas meja guna kan cloth and then click at object properties,then add object.skurang-kurangnye kene ada 2 objek kat situ.satu plane n 1 lagi  objek yang kite nak letak plane kat atas dye...yang macam kt atas ni,meja la kan...lepas tu click cloth then cloth properties....pilih la jenis kain mane yang kita nak... then tekan objek yang lagi 1,click collision properties,adjust kt situ la,u cara bergerak dye...then click stimulate local..........

Wednesday 1 February 2012

RUMAH IDAMAN TAK MENJADI ^_^

Posted by SyaQierah....15 at 20:12 0 comments
                                    


Ni dioo keje nye dalam 3ds max.....



Tingkat atas rumah..........

0verall view dari atas...

Ni aje la yang mampu....
                                                     









welc0mel to my house....^_^












SUPER DUPER TEST......

Posted by SyaQierah....15 at 19:28 0 comments
                                     


                     
                Test yang pertama...Kami diberi arahan untuk meniru sebijik dengan gambar yang kt bawah ni haaaaa...tp kene tambah bilik la...cam kerusi ni berada dalam bilik laaaa.....Tp sye cmne entah ta tahu la trlbih excited buat sume yang telah di ajar dalam bilik tuh,sekali dengan alas meja bagai..hmmmm ta tahu la cmne nanti result test tuh...berserah jela....^_^
  

ni haaaa gambar test tuh....








                                                                   


.................................................................................................................................................................

                                                                       
Ni yang ape saye buat mase test berlangsung...pening2...


Ni yang dalam 3ds max.......





Ini yang fes2 buat...ikot kepala sdiri je.....


                                                                            TAPI
                                                         selepas di tegur oleh encik noordin....
                                                            heheheee....


Dalam beberapa minit dapat la saya adjust sedikit....
                                                              NI LAH FATIN....eh silap..heheheee...
                                           ni lah hasil test saye...yang x berape super duper nih....
                                                                 

 

Contengan Jalanan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea